Situasi: Rumah Miah.
Miah berjalan pulang ke rumah.
Miah: Assalamualaikum. (Mengetuk pintu)
Suaminya membuka pintu.
Said: Baru balik? Ramai ke yang datang?
Miah: Tak ada orang bang…tadi Miah ajak, abang tak nak ikut sekali.
Said: Nak pergi rumah orang yang ada AIDS tu apa kejadahnya? Kot-kot berjangkit pulak nanti, dengan awak-awak sekali berpenyakit tau.
Miah: Tak baik abang cakap macam tu, dia bukannya nak jadi macam tu. Kalau tak kerana laki dia, Aizah tu tak menderita sampai macam tu. Kita ni kawan-kawan kenalah bagi sokongan.
Said: Alah, pandailah awak tu, nak bagi khutbah pulak. Hah tu, apa yang awak bawak tu?
Miah: Aizah bagi tadi, orang tak ada, makanan banyaklah lebih. (Miah ke dapur)
Said: Awak nak bunuh saya ke Miah? Buang-buang…
Miah: Sayang bang, kan rezeki tu…
Said: Saya kata buang-buanglah! (Miah merengus, dalam keterpaksaan dibuang bungkusan makanan ke dalam tong sampah)
No comments:
Post a Comment